Emma Lyly orchids
ORCHIDS.... MENCABAR ILMU, KESABARAN, KREATIVITI DAN KASIH SAYANG. WARNANYA... MENYEJUKKAN MATA JUGA HATI. RUPANYA... TAK MAMPU DIBAYANG AKAL. CARA HIDUPNYA... PELBAGAI RAGAM LOKASI. MAMPU HIDUP HAMPIR DISELURUH BUMI. UNTUK MEMILIKI.. TERAMAT MUDAH SEKALI. HANYA YANG MEMINATI ....BENAR-BENAR MENJIWAI.
Wednesday, March 30, 2011
DENDRO LAGI
Boleh dikatakan hujan turun sepanjang bulan march mengalahkan musim tengkujuh lagi. putik-putik bunga yang mula tumbuh pada awal Feb banyak yang tak menjadi, masam, yang kembang pun hanya tak berapa hari, pas tu dah gugur. Kecewa jugak la tengok bila banyak bunga-bunga yang tak menjadi. Tapi mujurlah ada yang kuat dan bertahan, buat penawar hati yang nangis tak berlagu ni, ada beberapa pasu yang terus bertahan bunganya spt tolumnia ,vanda mimi palmer, catt fire ball dan dendro ungu yang dh lama berehat, gitu jugak dengan phal putih yang masih bertahan sejak 2 bulan yang lalu. Puhhhh.... semangat pulak bercerita.... so kita layan dulu si ungu yang manis ni.
Tuesday, March 22, 2011
ASCOCENDA WHITE VORA
Thursday, March 17, 2011
DENDROBIUM LINGUELLA
Dendro. Linguella yang dibeli secara online dari seorang pengumpul orkid sp di Kedah, lepas sebulan dah nampak spike bunga di batang kering yang berjuntai. Mula tak perasan pun yang tu spike bunga, lepas 2 minggu baru sedar, teruja habis sebab tak pernah tengok macammana bunganya. Hmmmm.... ada bau yang lembut dan warna bunga pun sama, pink lembut tapi yang menariknya ada putik merah diatas lip ( hitam bila bunga kembang penuh) yang memberikan seri pada bentuk bunga Linguella ni.
Jenis tahan panas sekitar 75%, berbunga pada batang-batang yang tua tanpa daun, tumbuh di tanah rendah dari ketinggian 300 ke 1500m. banyak terdapat di kawasan Asia Tenggara, disebabkan batangnya yang panjang dan berjuntaian kebawah, ia amat sesuai ditanam dibatang-batang kayu. Ini menambahkan lagi kecantikan bila ia berbunga lebat.
Wednesday, March 16, 2011
ERIA sp
Masa kecik-kecik dulu memang selalu jumpa dekat padang ragut, hutan-hutan kecil atau tepi semak nak masuk ke ladang getah atok, tapi tengok jee tak tau pun ni pokok orkid.... sekarang pantang nampak,, ragut terus. Sekarang dah payah nak jumpa mungkin kerana dh pupus dek tempat habitatnya dah dibangunkan. Terdiri dari 500 jenis spisis yang kebanyakkannya terdapat di kawasan Asia Tenggara, Polinisia dan Utara Australia. Mempunyai 2 jenis bulb, oval dan memanjang, kebanyakkan Eria jenis epiphytes dan ada yang tumbuh ditempat sederhana panas dan tahan panas 100%.
Yang TAK seronoknya bunga hanya tahan beberapa hari, tapi bagi penggemar orkid masa kembang bagi sesuatu bunga tidak menjadi hal.. yang penting memiliki spisis tersebut dan memahami sifatnya juga sudah amat mengujakan. Apatah lagi jika dapat mengumpul sebanyak mungkin jenisnya menambah lagi semangat untuk memiliki orkid dari pelbagai spisis.
Tuesday, March 15, 2011
TOLUMNIA THE LITTLE DOLL
Kalau sebut namanya mungkin ramai yang ternganga, tapi kalau tengok bunganya mesti kata allaa.... ni oncidium takkan tak kenal kut. Tapi sekarang yang jenis ni dah ada nama sendiri TOLUMNIA .. pelik juga nak menyebutnyakan?? tapi ok je.. lama-lama biasa. Berdaun tirus macam pedang aladin dan kecik je pokoknya tinggi tak sampai sejengkal pun, tapi bunganya cantik bukan main. Dulu duk dalam kumpulan Oncidium kerana pertikaian tentang lipnya membuatkan RHS [Royal Horticultural Society] meletakkannya dalam kumpulan baru, macam vanda tulang atau pensel tu lah kan dia sekarang dah dapat nama baru.. Papilionanthe.... haa sedap jugak nama tu. Berasal dari kepulauan Caribbean, Bahamas, Haiti dan pulau-pulau sekitarnya.
Variasi warna Tolumnia ni amat menarik sekali, jarang ada pada orkid lain. Walaupun bunganya kecil-kecil tapi paduan warna dan bintik-bintik yang menarik membuatkan dia kelihatan sungguh comel. Nak nampak lagi cantik biarkan dia hingga jadi clump yg besar dan letakkan rapat dengan pasuan warna yang lain......... mesti hebat hasilnya.
Mungkin nampak senang nak tanam orkid jenis ni, tapi kena ingat Tolumnia ni tak ada bulb nak simpan air, so kena rajin siram masa cuaca panas,kalau tidak anaknya cepat mati, daun pun cepat jadi kuning dan kering, dek kerana dia jenis epiphytes so boleh juga ditanam di potongan kayu.
DENDROBIUM APHYLLUM
Den. Aphyllum ku sedang meriah berbunga di sekeliling rumah. perancangan nak tengok bunganya berjuntaian di halaman akhirnya terlaksana, walaupun tidak seperti tahun-tahun lalu bunganya yang semarak, tahun ini kurang sikit mungkin kerana hujan yang turun diluar musim membuatkan pembngaannya terbantut. Walaupun sedikit kecewa tapi puashati kerana pokok tiada yang rosak dek hujan berpanjangan.
Mula-mula dapat orkid ni dulu terus tanam dalam pasu macam biasa, masa tu tinggal kan Kuantan. Sorang pelawat Mat Salleh { singgah kerumah kerana tertarik dgn orkid Papilionanthe yang berbunga lebat sepanjang pagar} lap-lip lap-lip plash camera membuatkan saya menjengah keluar, berungguh-sungguh menyatakan minatnya pada orkid, saya pun menjemput dia masuk untuk melihat orkid dihalaman. Tertarik dengan Den. Aphyllum saya dibawah pokok jambu, haa... terus dia bagi edia ...............xxxxyyyyyzzzzzz...........siap tunjuk gambar orkid dia yg ada dlm kamera lagi....... balik je suami dari kerja terus cerita, pas tu operasi pun bermula. senang jee, sapa-sapa pun boleh buat, tapi kena sabar laa.... nak jadi clump tu kena tunggu lama gak... 2-3 tahun.
Subscribe to:
Posts (Atom)