Tuesday, June 29, 2010

KEMBANG LAGI




ORKID PINANG




Orkid jenis ni senang tumbuh ditanah bercampur pasir dan batu, kawasan rendah atau berbukit. terdapat dalam warna ungu cerah dikawasan rendah dan gelap sedikit kalau tumbuh dikawasan berbukit. warna putih dan kuning jarang dilihat kerana agak sensitif.

Tuesday, June 22, 2010

CATTLEYA YANG PEMALU





Berbatang halus dan panjang, jenis cattleya ini agak sukar berbunga. Jika berbunga ia akan kembang hampir 2 ke 3 minggu, jarang ada cattleya yg kembang lama, paling lama pun 2minggu saja atau kurang. Cattleya mempunyai masa berehat jika lepas berbunga ia tidak akan terus mengeluarkan tunas baru. Kita kena tunggu sebulan dua baru ia bertunas semula. Kalau tanaman sudah melimpahi pasu, pasuan semula eloklah dilakukan untuk mengelak serangan virus dan juga kepadatan pertumbuahan yang boleh merosakkan tanaman. Pembahagaian rizom tidak melebihi 3 batang semu untuk mendapat bekalan makanan yg cukup untuk pertumbuhannya. Gunakan pisau yg bersih untuk membahagikan tanaman. Rendam tanaman yang baru dlam larutan racun kulat selama 15 minit, keringkan dan bolehlah dipasukan .

Brassia Verrucosa




Brassia Verracosa salah satu spesis yg amat digemari oleh peminat orkid diantara spesis brassia. Diaktakan berasal dari tengah Amerika Selatan, juga dikenali sebsagai orkid labah-labah [spider orchid] amat sesuai ditanam dibatang-batang pokok kerana sifat pertumbuhannya.

Monday, June 21, 2010

BERBALDU TEBAL LAGI SEMERBAK




YANG BARU BELAJAR BERBUNGA





Dendro ni kacukan baru, masa beli dulu tinggi baru 6in. 2 ke 3 bulan jugak menunggu dia nak berbunga. Hah! tak sangka cantik betul warnanya....pastel berbelang-belang. Ada yang lidah merah tu terang sikit warnanya nampak menarik, tapi yg satu lagi suram sikit. Tahan sampai 2 bulan, puas juga memandang. Ini baru bunga yg sulung, hanya ada beberapa kuntum jee............harap nanti boleh berbunga lebih lebat lagi.