Sunday, July 4, 2010

MERAH...KUNING....PUTIH.






Hadiah dari seorang kawan, katanya dah lama simpan tak berbunga-bunga, dah benci menengok... kau ambik je lah.... ohh apa lagi,, tersongeh-songeh la den bila dapat orkid free gini... bawa balik terus buat rutin biasa.... salin pasunya... buang akar-akar yang buruk dan remdam sekejap dalam racun kulat..... Selang beberapa bulan anak-anaknya dah mula tumbuh, leganya hati ... tak lama bolehlah kita tengok bunganya....untuk mencari ID nya... kenalah lihat bentuk bunganya dulu baru boleh kenal spesis atau hibritnya.. Malang sekali sampai sekarang masih tak jumpa-jumpa lagi..... kena banyak membelek ni..

SAKIT DI SERANG MUSUH






Apa jua tanaman memang tak dapat lari dari diserang musuh samada penyakit virus, serangga, siput, kumbang, teritip dan juga kulat memang tak dapat nak dielakkan. serajin mana kita menyelanggarakan tanaman kita, itulah qualiti tanaman yg kita dapat. Sedar atau tidak semua itu ada disekeliling kita, hanya cara kita menghndarinya saja yg dapat menentukan sihat tidaknya tanaman itu.... pengguaan baja, racun dan penyiraman jga boleh membuatkan mereka jatuh sakit. rasa cerewet?????? TIDAK sama sekali, kalau kita benar-benar berminat itu semua bukan penghalang. Kesabaran yang tinggi adlah kuncinya.. ORCHID kalau dah berbungan bukan sekejap....ada yang berbulan-bulan.. pertukaran warna dan keharumannya kadang-kadang memikat hati..

KEMBALI MERIAH SELEPAS BEREHAT






Kali ini dia berbunga lebih meriah dari yang dulu, mungkin tinggal kat tempat baru kut [alih ke belakang rumah... lebih sejuk berbanding didepan]. IDnya tak pasti, mungkin LAELIOCATTLEYA kerana batangnya besar sedikit dari catt biasa, daun lebih tirus dan tegap. berbau harum terutama waktu pagi...