Saturday, April 24, 2010

hijaukan kawasan keliling rumah





Kalau dimana saja anda tinggal, rumah sendiri tau rumah sewa, jangan biarkan tanah yg ada kosong gitu aje. jangan malas nak tanam pokok kerna pokok memberi kita seribu faedah yg kita tak nampak langsung. Cuci kornea mata, bersihkan peparu kita, jauhkan tikus, banyak kawan, duit masuk keluar kalau pandai boleh jana pendapatan, popular,senaman sihatkan badan, rapatkan hubungan silaturrahim dan perbagai lagi yg akan muncul bila kita sudah menceburinya.

Thursday, April 22, 2010

sentiasa mencari yang baru......




setiap jenis orkid ada cabarannya yang tersendiri......

tak pernah jemu..................

selagi ada tempat nak menanam selagi tu lah nak bertanam, apa-apa jenis pokok pun tak kesah asal tumbuhnya cantik dimata, rumput pun ok lumut yang mengacau pun jadi kalau kena cara atur dan bekasnya....jalan

Monday, April 12, 2010






nak tengok lagi gambargambar yang lain.

pantang tengok orkid


Minat tanam orkid dah bertahun lamanya , banyak koleksi dlm simpanan juga banyak yang dah di jual. Kira dah balik modal, kalau dah biak sampai penuh pasu dan berpasu-pasu baik dijual aje. duit ye boleh buat modal beli baja, bayar bil air dan yang lebih seronok lagi beli orkid baru. Orkid memang sejenis tanaman yang amat mengujakan, midium tanaman juga pelbagai dan kita boleh mencipta spisis baru dengan kepandaian diri sendiri. Ini satu-satunya yang belum terlaksana, setengah jalan.... mati kerana cuaca terlalu panas, maklum sajalah kami tinggal dekat pantai Laut Cina Selatan. Dengan cuaca yang agak ekstrem kena pandai-pandai lah menyesuaikan diri.