ORCHIDS.... MENCABAR ILMU, KESABARAN, KREATIVITI DAN KASIH SAYANG. WARNANYA... MENYEJUKKAN MATA JUGA HATI. RUPANYA... TAK MAMPU DIBAYANG AKAL. CARA HIDUPNYA... PELBAGAI RAGAM LOKASI. MAMPU HIDUP HAMPIR DISELURUH BUMI. UNTUK MEMILIKI.. TERAMAT MUDAH SEKALI. HANYA YANG MEMINATI ....BENAR-BENAR MENJIWAI.
Sunday, February 20, 2011
BRASSAVOLA NODOSA
"Lady of the night" itu nama timangan yang diberikan pada orkid ini. Kerana bau harumnya pada waktu malam dan awal pagi membuatkan hati ceria, memang rajin berbunga ada kala tak pernah mengecewakan setiap kali tunas baru muncul.
LEONIS
Agak sibuk sepanjang dua minggu ni, selesaikan beberapa perkara, namun orkid tak pernah di abai walau sehari. Jengah-jengah sebentar di bangsal terpandanglah hujung untaian leonis yg kering daunnya..... aaaa baru nak tunjuk rupa dah sekian lama merajuk agaknya... hanya beberapa kuntum namun cukup sebagai pengubat rindu....begitu juga Brassavola nodosa, Why Not juga tak mau kalah, walau sekuntum ..... tak mengapa.
Tuesday, February 8, 2011
DENDROBIUM CROCATUM
Subscribe to:
Posts (Atom)