Wednesday, March 16, 2011

ERIA sp






Masa kecik-kecik dulu memang selalu jumpa dekat padang ragut, hutan-hutan kecil atau tepi semak nak masuk ke ladang getah atok, tapi tengok jee tak tau pun ni pokok orkid.... sekarang pantang nampak,, ragut terus. Sekarang dah payah nak jumpa mungkin kerana dh pupus dek tempat habitatnya dah dibangunkan. Terdiri dari 500 jenis spisis yang kebanyakkannya terdapat di kawasan Asia Tenggara, Polinisia dan Utara Australia. Mempunyai 2 jenis bulb, oval dan memanjang, kebanyakkan Eria jenis epiphytes dan ada yang tumbuh ditempat sederhana panas dan tahan panas 100%.
Yang TAK seronoknya bunga hanya tahan beberapa hari, tapi bagi penggemar orkid masa kembang bagi sesuatu bunga tidak menjadi hal.. yang penting memiliki spisis tersebut dan memahami sifatnya juga sudah amat mengujakan. Apatah lagi jika dapat mengumpul sebanyak mungkin jenisnya menambah lagi semangat untuk memiliki orkid dari pelbagai spisis.

1 comment:

  1. kadang2..bila kembang kejap tu yang best...lagi mencabar dan penuh dgn penantian...sekaligus menguji kesabaran...heeee..aperpun...koleksi yang menarik..

    ReplyDelete