ORCHIDS.... MENCABAR ILMU, KESABARAN, KREATIVITI DAN KASIH SAYANG. WARNANYA... MENYEJUKKAN MATA JUGA HATI. RUPANYA... TAK MAMPU DIBAYANG AKAL. CARA HIDUPNYA... PELBAGAI RAGAM LOKASI. MAMPU HIDUP HAMPIR DISELURUH BUMI. UNTUK MEMILIKI.. TERAMAT MUDAH SEKALI. HANYA YANG MEMINATI ....BENAR-BENAR MENJIWAI.
Tuesday, March 15, 2011
EPIDENDRUM FLORIBUNDUM
Sedikit info mengenai orkid jenis Epidendrum ni, berasal dari Amerika Tengah dan juga Selatan yang dikatakan mempunyai lebih dari 1000 spisis. Ada 2 variasi pokok, satu berbatang panjang dan halus dan satu lagi bulat seperti Dendrobium. Epi. Floribundum berbatang bulat sebesar jari telunjuk akan mengeluarkan tangkai bunga dihujung pucuk daun. Bunganya sebesar 2cm lebih kurang, berbau wangi... tak pandai nak cerita wangi dia macam apa.... tapi memang sedap dihidu. Petal dan sepalnya yang berwarna hijau lembut di padan dengan lip warna putih, memang menarik dan sedap mata memandang. Rajin berbunga... kata orang, kalau nak bunga tahan lama, elak bunga dari terkena air... siram pokoknya saja. perlu 50% teduhan dan tak punya masa nak rehat pun, masa berbunga tunas baru dah muncul, itu yang seronoknya, dalam setahun boleh berbunga sampai 3 kali ikut kesuburan dan kesihatan pokok tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment