Monday, April 12, 2010

pantang tengok orkid


Minat tanam orkid dah bertahun lamanya , banyak koleksi dlm simpanan juga banyak yang dah di jual. Kira dah balik modal, kalau dah biak sampai penuh pasu dan berpasu-pasu baik dijual aje. duit ye boleh buat modal beli baja, bayar bil air dan yang lebih seronok lagi beli orkid baru. Orkid memang sejenis tanaman yang amat mengujakan, midium tanaman juga pelbagai dan kita boleh mencipta spisis baru dengan kepandaian diri sendiri. Ini satu-satunya yang belum terlaksana, setengah jalan.... mati kerana cuaca terlalu panas, maklum sajalah kami tinggal dekat pantai Laut Cina Selatan. Dengan cuaca yang agak ekstrem kena pandai-pandai lah menyesuaikan diri.

No comments:

Post a Comment