Monday, March 7, 2011

ONCIDIUM AKA TOLUMNIA










Sibuk masak dan sibuk dengan urusan peribadi lainnya, tak sempat nak update blog. Hari ni jengah-jengah kat bangsal orkid nampak 2 jenis tolumnia ni dah kenbang habis, meriah jugak tengok mereka berbunga. Orkid jenis ni boleh tanam dlm pasu atau lekat kat kayu, macam-macam variasi warna sampai rambang biji mata. Yang seronoknya, bila habis bunga tangkai spike tu boleh dipotong di bahagian awal bunga, lama-lama nanti tangkai bunga baru akan tumbuh. Dapatlah dia mengeluarkan bunga yang baru. Silap haribulan lagi meriah dari tangkai yang pertama.

Sunday, February 20, 2011

BRASSAVOLA NODOSA





"Lady of the night" itu nama timangan yang diberikan pada orkid ini. Kerana bau harumnya pada waktu malam dan awal pagi membuatkan hati ceria, memang rajin berbunga ada kala tak pernah mengecewakan setiap kali tunas baru muncul.

CATTLETONIA WHY NOT




LEONIS





Agak sibuk sepanjang dua minggu ni, selesaikan beberapa perkara, namun orkid tak pernah di abai walau sehari. Jengah-jengah sebentar di bangsal terpandanglah hujung untaian leonis yg kering daunnya..... aaaa baru nak tunjuk rupa dah sekian lama merajuk agaknya... hanya beberapa kuntum namun cukup sebagai pengubat rindu....begitu juga Brassavola nodosa, Why Not juga tak mau kalah, walau sekuntum ..... tak mengapa.